Tuesday, December 11, 2012

Hepy Birthday Sayang









 Dhia Nur Tasneem!!


10.12.12



Sweet 1 yrs old










Hepy bufday nanem syg...dah setaun dah anak sedara chik nee..umo dah setaun akai pun makin byk...cucu kesayangan tok ma nee...menjadi kesayangan semua org..ceriakan hidup semua orang..
Bufday tasneem semua org excited sgt nak celebrated sbb yg pertama kan
tapi bufday nanem utk first tme ne xleh celebrated lagi sbb nanem msk hospital demam panas...sian syg bucuk nee..xpenah2 demam langsung tp nk dkat umo setaun demam la pulak..xpa saket itu sumanya dari Allah s.w.t...xpa nnt dh sehat kita celebrated na nanem naaa.....

Semoga nanem cepat sembuh jaa...sunyi rumah nanem xda..cepat sembuh ya sygku


L.O.V.E   TASNEEM








Sunday, December 9, 2012

Hati




H.A.T.I





" Kadang -kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang datang, Kadang-kadang kita mintak ketenangan tapi banyak pula masalah yang bertandang, Kadang-kadang kita minta kebahagian tapi hura hara pula menjelang "


Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, hura hara menjadikan kita tabah


SUBHANALLAH!


Betapa hebatnya Allah ! Semua aturannya ada hikmah tersembunyi
hanya kita perlu tabahkan hati untuk menempuhi segalanya




ps: Ya Allah tabahkanlah hatiku.

Thursday, December 6, 2012

Selamat Hari Jumaat





"Salam Jumaat Untuk Semua"



.
.
.
.
.
.
.

Hari Jumaat adalah


**  penghulu segala hari **
**  hari berlakunya qiamat-insyallah **
**  hari penuh dengan keberkatan **






p/s : Jadikan hari ini lebih baek dari semalam

=)



Indahnya Kehidupan








" Kehidupan adalah sesuatu yang indah "







Kehidupan adalah sesuatu yang sangat istimewa...Tidak perlu kita menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita....Cuma kita perlu tahu di mana arah tujuan hidup kita ini...Dalam hidup kita tidak boleh memilih 2 jalan dalam satu masa....Hidup hanya untuk sekali....





Sunday, December 2, 2012

Istanbul Aku Datang



Yes!! Istanbul Aku Datang




Sinopsis Istanbul Aku Datang 

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

.....................................................................................



Kenapa aku begitu tertarik dan begitu feel tentang filem nie???...mulanya aku xniat pun nak tengok filem nie..tapi dah busan sgt tatau nak tgk cta apa bila duk umah aku pun mengataikan tgn beli kat astro first...Okey jalan cerita Istanbul Aku Datang ne memang sgt menyentuh hati aku..cerita nie menceritakan tentang kesungguhan seorang gadis melakukan apa saja untuk mendekati kekasihnya...tetapi kekasih dia sebaleknya...mmg sedeh cta ne!

Cinta pertama??
Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya,tanpa dijemput atau dipinta...keinginan untuk mencintai dan dicintai xperlu dipelajari..itu semua fitrah...Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita..segala apa yang kita buat dan lakukan,kalo boleh kita mahu si dia mengetahuinya...kita juga berusaha sedaya mungkin utk tidak mahu sakitkan hati si dia...Cinta juga membawa suatu perasaan yg mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu sehidup semati bersama dengannya...cuma bernaseb baek @ sebaleknya untuk memiliki cinta itu...

Aku pernah ada cinta pertama...sebelum tue aku memang susah nak ada rasa cinta terhadap sesiapa..tipula kan kalo kita xpernah ada cinta pertama(first love)..aku sanggup berkorban apa sahaja untuk dia dgn harapan agr dia menghargai aku..seperti mana aku menghargainya...tapi cinta pertama aku hanya angan-angan aku..hanya aku yang mencintainya..tapi 'dia' sebaleknya..aku dh lama kenal dia bethn2 tapi aku masih belum mengenali hati budi dan perangai yg sebenarnya dia..bertahun-tahun aku setia dan berharap padanya..tapi semua tue hanya sia-sia dan buang masa..dlm sekelip mata semuanya hilang..dan disebabkan cinta pertama ini lah ianya sentiasa segar di ingatanku...Memang ini lumrah alam kan??Semua orang merasainya keindahan cinta pertama...kemanisan kepahitan menjadi kenangan abadi...

Bagi aku cinta pertama bukanlah cinta sejati kita dan xsemestinya kita akan memilikinya..ianya hanyalah permulaan untuk kisah hidup kita agr kita lebih berdikari untuk masa-masa akan datang..dan juga menjadi pengalaman hidup kita...so kaitannya dgn filem Istanbul Aku Datang nee ialah 
.
.
.
.
.
"Cinta pertama xsemestinya menjadi cinta terakhir"
.
.
.
.
.
p/s : kalo nak lebih memahami maksud sy tonton lah filem 'Istanbul Aku Datang'...hanya yang merasainya akan lebih memahaminya  =)





Saturday, December 1, 2012

H E L L O D E C E M B E R





Hello new month December 

=)


Sekarang ne sekejap ja masa berlalu kan dah masuk bulan december dan dah hujung tahun nak masuk 2013 dah..umor pon makin meningkat...dari tahun ke tahun...wah makin panjanglah cerita hidup dan pengalaman aku menempuh dunia kehidupan ne suka duka semua bercampur aduk..tapi aku bersyukur dan redha dgn setiap apa yang terjadi sepanjang hidupku....Insyallah aku tabah dan kuat menghadapinya...

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Harapan aku semoga hari-hari akan datang akan lebih baek untuk aku..hari aku keja half day naseb keja half day sebabnya bleh aku p kenduri Cyput..kawen dah cyput,cantek sgt..xsangka dah kawen hehehe..hari nie baru aku sedar kebanyakkan kawan-kawan dekat aku dah mendirikan rumah tangga dah tukar status hehehee...Laku sungguh kawan -kawan aku nee.dah sampai seru kann.hehehe..

Doa aku untuk ampa semua..semoga bahagia hingga akhir hayat...

















congrattt putt...!!





Thursday, November 29, 2012

Wanita Solehah










Apakah sifat wanita solehah?Bukan wajah yang cantik jadi ukuran.Bukan pakaian jadi ikutan.Jadi apakah sebenarnya ciri-ciri wanita solehah ini?Bagaimana mahu mengukur sejauh mana wanita itu adlah wanita yang solehah?Berikut adalah bebrapa ciri-ciri wanita solehah:-


⇒ Mendirikan solat tepat pada waktunya
⇒Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
⇒Tak meninggikan suara ketika marah
⇒Sopan santun perilakunya
⇒Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
⇒Pandai mengambil hati orang tua
⇒Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
⇒Sentiasa menjaga kebersihan
⇒Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
⇒Murah dengan senyuman
⇒Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
⇒Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
⇒Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
⇒Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar


itulah antara ciri-ciri wanita solehah.InsyaAllah semoga kaum hawa yang membaca artikel ini dapat menjadi wanita solehah.








p/s : bila sampai masa kita akan berubah dengan hati yang ikhlas untuk menjadi yang lebih terbaik.