Saturday, April 23, 2011

s.a.b.a.r

Sabar; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.

Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?

Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.

Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".

Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286

Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.


>>aku xsempurna tapi aku cuba untuk menyempurnakan hidupku...ya allah permudahkanlah segala-galanya...amin<<

Thursday, April 21, 2011

Saturday, April 16, 2011

+bAbY+





+++

Hadeehhh...kiutmiut sguh kamo nee baby!!!
auntie shangatt geram+ mau gigit kamoo
chikk nadya dari jauh dah nampak kamo+tajam sguh mata cik nadya kan

dari jauh kamo senyum+senyum
allalalalaallaalaalaalala
rasa macam manis+geram+menari2 sungguh dlm hati auntie2 kamo
mauu pegi ambek kamoo
nanak duk0ng+acah-acah+lamb0ng-lambung kamo

yeaaaHhhhh......
dah dapat punnn....baby auntie shayankk laa kamo
baby x banyak ragamm buat mcm mana pun xapoo
kakak damia smp jeless laaa
chik pypah n chik nadya asyik mengedikzz dgn kamo jaaaaa

hadehhhh....kan dah asa rindu sama kamo BABY

=)

Monday, April 11, 2011

**kata-kata**




~ Jika kamu memancing ikan setelah ikan e2 terlekat d mata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan e2 jgn la sesekali
kamu lepaskan ia semula ke dlm air bgitu saja....kerana ia akan sakit
oleh kerana bisa dari ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia
masi hidup....Begitula juga setelah kamu memberi byk pengharapan kpd
seseorang....setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatiya...janganla sesekali kamu terus meninggalkanya begitu saja...
krn dia akn terluka oleh kenangan bersamamu dan mgkin tak dapat
melupakan segalanya selagi dia megingatimu ~

Sunday, April 10, 2011

Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah


Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku


.......lagu xbesh sgt,yg besh adalah liriknya begitu bermakna............

Friday, April 8, 2011

+ tiru +



***

skunk ne sapa tiru sapa

=)

tuela,sebelum nk mengata org tlg tgk diri sendiri tue dulu

OKEY

kesian.kesian.kesian

Thursday, April 7, 2011

!! Napa Tah !!



******

hari nie tetb teringat pulak kat mangkok 2 ekoq tue
makin hari perasaan aku bertambah benci sgt2 pd mereka
tatau napa!!!
mungkin dalam hati aku tiada sedikit pun
kemaafan untuk mereka

ya allah tabahkan lah hati aku
amin

Wednesday, April 6, 2011

Teladan Cinta Kita

Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu...
di pelamin kemiskinan

Fatimah...
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad,
Kau bermandi keringat,
Jauh-jauh mencari air...di padang pasir
Disengat sinar mentari,
Sedikit pun tidak kau kesali,
Untuk suami, kerana Ilahi.

Ali...
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata,
Gagah sekukuh kota,
Kau kunci gedung nubuwwah,
Kau fakir yang pemurah,
Kau wira di sebalik selimut hijrah,
Berkorban nyawa untuk Rasulullah.

Ali dan Fatimah...
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi,
Lalu diluahkan ketandusan upaya,
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi,
Untuk menanggung beban keluarga,
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya.

Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan,
Lalu diberikan zikir sebagai gantian,
Tiga kalimat sarat keberkatan,
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar,
Lalu esoknya mereka datang lagi...
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati,
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!

Mereka miskin harta tapi kaya jiwa,
Sering berpisah tapi tak gundah,
Mereka bercinta kerana Allah.

Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan,
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajhah,
seorang wanita yang az zahrah!


- Artikel iluvislam.com

Monday, April 4, 2011

+eyeshadow+


******


suka gila teng0k eyeshadow kaler orange neh

susah laa nak carik ini kaler

xjumpa-jumpa pun

hadehh

hatii nee dah taksub dgn ini warna

wink.wink.wink

mone..berusaha carik lagiii

sbb hati kamo sudah tegedik2 dgn ini kaler


berusaha!!!

**gambo ne xnampak sgt eyeshodow...kena click...**


Sunday, April 3, 2011

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti


Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]


>>iLuvislam.com<<