Friday, July 22, 2011

++ HIJAB ++







++++



Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Taâala dalam Al-Qurâan menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..”sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud “perhiasan tubuh yang zahir” itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu, seperti berikut:

  • Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada Aishah r.a.:

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”


+++

Kewajipan bertudung dan menutup aurat bagi wanita beriman
Adakah aku bersedia untuk menjadi wanita seperti yang di tuntut di dalam islam..salah satunya menutup aurat iaitu memakai tudung...aku seorang wanita yang tidak menutup aurat iaitu tidak memakai tudung...tapi itu tidak bermakna aku terlalu jahil..baek buruk sikap seseorang terletak pada diri sendiri bukan dari segi luaran seseorang setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan...hanya diri sendiri menentukan keperibadian diri...walaupun aku tidak memakai tudung tetapi aku sentiasa mengingati Allah s.w.t ...moga suatu masa nanti aku akan memakai tudung "menjadi wanita hijab"


" ya allah bukakan lah pintu hatiku utk kembali ke jalanMu ya allah..amin "

=)





2 comments:

  1. aku akan sentiasa doakan sahabat2 aku agar dipertemukan satu hidayah yang amat terindah sekali..jangan sesekali putus asa..=)

    ReplyDelete
  2. ohh my dearr kak yan <3

    amin....
    makaseh ats doa ang utk aku....kwn yg sntiasa ada wk2 aku susah dan senang...luf u wink.wink.wink

    ReplyDelete