|| Tiada insan suci di masa silamnya,tiada orang berdosa yg tiada masa depan ||
Novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Novel setebal 469 muka surat ni yang sedang ditayangkan dalam slot Akasia TV3 benar-benar mencuri perhatian aku untuk menontonnya...begitu mendalam aku merasai watak Ersalina ini...
Sinopsis dari kulit novel
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Cerita nie memang besh sgt...sgt menjiwai...
"Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu"
semua pakat cerita..aku tak pernah tengok pun..haha!
ReplyDeletetgkla weh...besh..aku kekdg blk lwt xdan jgk..tapi TONTON kn adoo..heeheee
ReplyDelete